Search This Blog

Thursday, March 10, 2011

Piagam Madinah contoh perlembagaan sebenar

“Piagam dalam kata lainnya perlembagaan undang-undang yang tertinggi di dalam sesebuah Negara yang memayungi sekalian rakyat”.

Berdasarkan ayat yang dinyatakan diatas dapat difahami oleh sesiapapun akan ketinggian perlembagaan. Perlembagaan adalah nadi bagi undang-undang lain, sebagai contoh undang-undang negeri mestilah selari dengan apa yang terdapat dalam perlembagaan, kalau tidak terbatallah undang-undang yang diluluskan itu, ia dinyatakan dengan jelas sekali dalam perkara 4(1). Ringkasnya, perkara 4 adalah tentang kekuasaan perlembagaan persekutuan merangkumi semua undang-undang dan “regulation” dalam Negara. Jadi jikalau kita tanya balik, apakah undang-undang yang tertinggi dan diguna pakai di Malaysia ini? Jawapannya adalah seperti diatas…undang-undang persekutuan yang teragung! Itulah hakikatnya di Malaysia yang nampak keislamannya pada zahir, tetapi terang-terang sekali negara dikawal undang-undang sivil.

Dengan adanya alat yang bernama undang-undang ini, maka segala tindakan hendaklah sejajar dengan apa yang terdapat didalamnya, kalau tidak diikut itu adalah suatu kesalahan, maka Islam nyata di Malaysia hanyalah agama yang disempitkan”, iaitu hanya untuk sembahyang, haji dan selalunya bab berkahwin dan cerai sahaja. Itulah syariah agaknya! Dalam hal ehwal sosio politik, dalam keduniaan dan undang-undang sivillah yang paling agung kata golongan sekularis. Golongan ini adalah yang paling pantang apabila hak-hak agama Islam diangkat, maka kata ahli sekularis itu “Itu salah, tiada dalam undang-undang, syariah tidak boleh…salah tu, mesti ikut undang-undang perlembagaan persekutuan. Bukankah perkara 4 sudah jelas? Namun apa yang pasti masyarakat Malaysia yang majoritinya Islam pasti menolak ideologi sekular yang jelas memisahkan agama dengan perkara duniawi. Itu Malaysia yang selalu megaku Islam, tetapi hakikatnya berlainan sekali.

Maka bagi berlaku adil, marilah bandingkan dengan negara Turki yang sah-sah dah memang sekular hasil tangan pemimpin mereka, Mustafa Kamal Attartuk, Bapa Kemodenan Turki. Di Turki agama hanyalah untuk sembahyang dan ibadah sahaja. Perkara dunia, undang-undang dan politik adalah dipisahkan sama sekali dari agama. Namun semenjak kebelakangan ini, Turki seakan sedar dari lamunan sekularisma mulai bangkit kearah seruan agama. Maka dapat dilihat perlanggaran 2 kelompok utama disana. Satu kumpulan yang menyokong kebangkitan Islam, yang lagi satu mahu mengekalkan dunia sekular mereka. Namun yang pasti pemimpin Turki, Recip Tayyip Endrogan adalah kearah pemulihan Islam dan golongan sekularis adalah pihak tentera. Setakat ini tiada pertempuran besar sesama mereka, hanya takat mogok besar-besaran. Yang nyata kebangkitan Islam makin meningkat disana, pastilah kerana kesedaran supaya kembali kepada Islam yang suci.

Kita pula pada masa yang sama masih lagi dengan isu perlembagaan. Perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi yang mesti diikuti namun ia hanyalah undang-undang buatan manusia yang lemah, nyata akan kelemahannya. Perlembagaan boleh diubah mengikut kesesuaian, bukannya “rigid” macam tu hingga akhir zaman. Namun begitu bukanlah bermaksud kita menolak perlembagaan sepenuhnya, akan tetapi mengubahnya ikut kearah “cara kita”. Ini disebabkan perlembagaan itu adalah hasil tangan penjajah, kalau kita dah 50 tahun merdeka masih ikut lagi undang-undang tu, maka tiada maknanya kemerdekaan itu  sebab musuh masih mengawal kita dari jauh dengan menggunakan undang-undang ciptaan mereka. Maka kita harus lebih cerdik dari mereka, dengan mengubah apa yang tidak sesuai dalam perlembagaan itu. We cannot change our surrounding to suit us, but we must change ourselves in accordance with our surrounding”. Undang-undang sudah dalam tangan, maka mengapa masih memilih dan berharap pada hasil tangan penjajah?

Contoh yang terbaik adalah Piagam Madinah, perlembagaan pertama yang bertulis di dunia. Kalau setinggi mana undang-undang itu, Al Quran tingkatnya adalah diatas perlembagaan itu. Maka perlembagaan mesti mengikut hukum Tuhan (Al Quran) dan pada zaman Nabi Muhammad, golongan Yahudi, Nasrani dan penyembah berhala menghormati dan mengikuti perlembagaan madinah. Jikalau maraca tidal path, maraca tiara hack di Madianah. Maka hal yang sama patut berlaku di Malaysia, iaitu perlembagaan harus diikuti oleh golongan minoriti dan juga majoriti, kerana mereka memilih untuk berada di Malaysia. Kita tidak boleh nak ikut sedap hati kita jikalau kita berada di sesebuah negara, kita mestilah menghormati undanng-undang di negara itu dengan mematuhinya. Jikalau enggan patuh, memang patut hak golongan yang enggan mengikuti undanng-undang itu ditarik haknya.

Maka apa yang dapat disampaikan adalah Islam itu agama rasmi, maka zahirkanlah kesuciannya dalam undang-undang negara, amalan harian dari segi politik hinggalah sosial.  Politik Islam bukan hanya berserban tinggi dan berjubah labuh, akan tetapi yang sepatutnya hendaklah berakhlak mulia dan berbakti kepada rakyat Muslim dan bukan Muslim ikhlas kerana  Allah, bukan kerana gila kerusi  atau mendapat habuan politik. Fitnah juga bukan budaya politik Islam, apatah lagi mencemuh dan menghasut, Nabi kita melarang itu semua. Maka apabila kejiwaan Islam itu diamalkam, maka secara beransur-ansur sekularisma itu akan hilang… bukan takat dalam perlembagaan, malah dalam amalan hidup kita seharian, Insyallah mudah-mudahan…

No comments:

Post a Comment