Search This Blog

Friday, March 4, 2011

Fatwa Qaradawi untuk semua

    Beberapa hari yang lalu, ulama tersohor dunia Yusuf Al Qaradawi telah mengeluarkan fatwa dengan mengatakan bahawa sesiapa pun di dalam angkatan bersenjata Libya yang mampu dan memiliki kesempatan menembak peluru ke Gaddafi harus melakukannya. Beliau merupakan salah seorang sahabat Anwar Ibrahim dan pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2009 di Malaysia.

    Banyak pihak memberikan reaksi yang berbeza, ada yang setuju dan gembira, ada juga yang kurang memahaminya. Fatwa Qaradawi ada logiknya. Beliau pasti ada hujahnya. Malah fatwa beliau tidak tertumpu hanya pada Libya, ini kerana beliau turut mengundang rakyat Tunisia dan Mesir untuk turut bersama-sama berjuang menentang mereka yang tidak menegakkan Islam. Mereka juga menyusahkan bangsa lain tanpa Islam sebagai dasar untuk semua aspek kehidupan iaitu politik,ekonomi dan sosial.

    Ini bermakna, fatwa yang dikeluarkan Qaradawi juga boleh diguna pakai pada semua negara Islam yang mengiktiraf beliau sebagai ulama terbilang. Mengapa tidak kita memahami maksudnya sebaik mungkin? Beliau tidak mengajak kita melakukan maksiat pun, hanya memberitahu bahawa perjuangan menentang pemimpin ala Gaddafi adalah wajib berlandaskan Al Quran.

    Sebagai contoh, mari kita merujuk pada Al Quran. Ia telah ditulis di dalam Surah Al Baqarah (ayat 166 - 167). Ayat ini telah menerangkan betapa teruknya azab mereka yang patuh pada pemimpin yang salah di dalam Neraka dan tidak mungkin mereka mampu melepaskan diri dari tempat tersebut.

    Ingatlah mereka yang tidak menentang pemimpin seakan Gaddafi, maka ia jelas membuktikan mereka bersetuju terhadap maksiat dan segala kemusnahan yang berlaku dalam seluruh sistem kehidupan. Orang tua-tua selalu berpesan,pilih kawan yang baik, maka jadi baik lah kita, pilih yang pandai, kita pun turut pandai. Selalu umi berpesan sedemikian.

No comments:

Post a Comment