Search This Blog

Thursday, March 3, 2011

"angkat bakul" atau angkat ISLAM??


salam ukhuah..

peribahasa melayu lama masuk bakul angkat sendiri membawa seribu satu maksud disebalik penggunaannya. seringkali peribahasa ini digunakan oleh seseorang yang mendambakan jutaan pujian dan ribuan sanjungan di atas setiap apa jua perkara yang telah dilakukannya. akan tetapi disebalik maksud tersurat peribahasa ini yang menunjukkan sahsiah dan peribadi kurang menarik seseorang itu tersimpan jua secebis maksud yang tersirat. secara jujurnya, saya bukanlah seorang pakar bahasa, apatah lagi pakar untuk mengkaji maksud ungkapan peribahasa ini. tetapi, dengan berbekalkan sedikit pengetahuan yang dikurnia Allah, insyaAllah dengan izin-Nya saya akan cuba merungkai maksud tersirat penggunaan peribahasa ini.

baru-baru ini, sedang asyik melayari internet saya telah terlihat sebuah artikel politik di dalam sebuah akhbar tempatan. 'mursyidul am Pas angkat bakul sendiri' murupakan tajuk artikel berkenaan. terdetik dihati saya untuk membaca artikel tersebut. tidak sampai 5 minit, artikel berkenaan telah habis saya baca. semoga Allah mengampunkan dosa manusia yang menulis artikel ini, hanya itu sahaja yang mampu saya ungkapkan tatkala saya habis membacanya. saya cuba mencari di mana silapnya Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan beliau dari sudut pandang yang deterjemahkan oleh beliau melalui kata-kata mengenai isu pentadbiran kerajaan Pas di Kelantan, tetapi usaha saya itu menemui kegagalan.

maka, atas dasar itu secara peribadi saya berpendapat bahawa apa yang telah diperkatakan oleh Tok Guru bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan memuji diri sendiri. di dalam artikel bekenaan tertulis ' kejayaan yang dikecapi di Kelantan adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah (keyakinan kepada Tuhan), mas'uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik). apabila membaca tulisan ini, saya terdiam sejenak, memikirkan adakah dengan hanya berkata sedemikian dianggap angkat bakul?? pada hemah saya ianya adalah satu kenyataan yang mengangkat ajaran Islam yang berpandukan Al-Quran sebagai cara yang amat terbaik dalam mentadbir sesebuah kerajaan. seandainya niat Tok Guru hanya semata mahu mengangkat namanya sebagai menteri besar Kelantan, tidaklah beliau menggunakan Islam sebagai medium untuk meraih populariti dikalangan pemimpin-pemimpin utama kerajaan. apa yang beliau dapat jika beliau angkat bakul sendiri?? mampukah beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan seandainya beliau sendiri tidak mempraktikkan apa jua yang telah beliau perkatakan? beliau bukanlah calang-calang orang. sebagai seorang muslim beliau hanya memperjuangkan apa yang telah terpatri di dalam Al-Quran yang menuntut setiap pemimpin memimpin kerajaan berpandukan segala hukum dan garis panduan yang telah terkandung di dalamnya.

sayu hati saya apabila memikirkan seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam dalam kepimpinannya dituduh sebegitu rupa. di mana letaknya kewarasan akal manusia-manusia yang berbuat demikian. adakah mereka semua yakin akan kepimpinan merekah deredhai Allah?? manusia adalah sebaik-baik kejadian yang telah diamanahkan untuk mentadbir muka bumi Allah ini dengan sebaik mungkin. seandainya kepimpinan berlandaskan hukum syara' Islam ditolak, adakah undang-undang yang dicipta manusia sendiri dijadikan rujukan utama dalam mentadbir sesebuah kerajaan sedangkan terdapat hukum dan rujukan yang sangat sempurna yakni Al-Quran. manusia dihukum dengan undang-undang yang dicipta manusia sendiri, bukan hukum Allah.

seharusnya kepimpinan berlandaskan Islam dijadikan wadah utama dalam mentadbir sesebuah kerajaan. hukum hakam Islam adalah sangat sempurna. setiap apa jua yang terjadi ada sebabnya. mengapa Allah turunkan Al-Quran?? jawapannya sangat mudah, ianya bertujuan untuk membimbing manusia ke arah kebaikan. maka gunakanlah ia sebaik mungkin dalam mentadbir kerajaan. jika kitab suci ini dijadikan rujukan utama, nescaya pentadbiran kerajaan itu akan menjadi lebih lengkap dan sempurna. oleh itu segala isu yang mengatakan bahawa Tok Guru angkat bakul tidak harus wujud kerana beliau bercakap berpandukan apa yang terkandung di dalam Al-Quran bukan atas kapasiti beliau sebagai  menteri besar Kelantan. beliau juga mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan niat agar setiap pemerintah mentadbir sesebuah kerajaan belandaskan hukum dan cara Islam. natijahnya, ungkapan beliau itu hanyalah untuk mengangkat agama suci Islam sebagai cara hidup yang sempurna yang diguna pakai dalam mentadbir kerajaan sesebuah negara.

No comments:

Post a Comment