Search This Blog

Thursday, February 17, 2011

ukur baju di badan sendiri...

salam ukhuah...

memetik lirik sebuah lagu nasyid yang berbunyi 'sombong bongkak takbur... emas perak bertabur... akan lenyap hancur dan lebur... tak sampai ke kubur... hanya iman dan takwa... amal soleh sahaja akan sampai ke sisi Allah... Tuhan yang pemurah...' memberi seribu satu pengertian dalam kehidupan seharian setiap hamba Alllah di muka bumi yang fana ini. seandainya setiap manusia alpa dan hanyut dengan mainan duniawi semata tanpa mengambil kisah tentang ukhrawi maka akan rugilah manusia itu dek kerana hawa nafsu berjaya menguasai kewarasan akal yang di kurnia Illahi untuk berfikir sebaiknya.

setiap manusia di kurniakan nikmat kelebihan masing-masing tidak mengira agama, keturunan mahupun darjat seseorang itu.setiap manusia adalah hampir sama tarafnya di sisi Allah dan apa yang membezakan antara satu sama lain adalah tahap keimanan dan ketakwaan seseorang itu seandainya manusia itu begelar mukmin Islam. seandainya kita menyelak lembaran Al-Quran, sudah termaktub di dalamnya pelbagai garis panduan selain hukum hakam yang sangat sempurna sebagai rujukan dalam mencari keredhaan Allah SWT.

dan apabila Al-Quran tidak dijadikan rujukan dan pegangan yang utuh, maka akan timbullah pelabagai ideologi-ideologi yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. dalam erti kata lain ianya terpesong dari landasan yang sebenar. kejayaan seorang pemimpin di dalam sesebuah negara atau kerajaan adalah bergantung kepada tahap kebijaksanaannya dalam meneliti dan merancang segala strategi kepimpinannya. akan tetapi sekiranya Al-Quran tidak dijadikan sumber rujukan maka akan hancurlah empayar kerajaan tersebut seperti apa yang berlaku di Mesir baru-baru ini. dek kerana taksub dengan duniawi semata tanpa mengambil kira kebajikan rakyat, empayar gah yang dibina lebih 30 tahun musnah dan jatuh tersungkur begitu sahaja.

berbalik kepada apa yang telah diperkatakan di atas bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing, maka jalankanlah kewajipan berpaksikan kelebihan itu pada jalan yang benar.  para pejuang-pejuang politik acapkali berbalah sesama sendiri tentang kelebihan masing-masing dan merendahkan martabat seseorang yang lain dengan menggelar mereka yang bukan-bukan tanpa mengambil kira bahawa mereka adalah sangat arif tentang apa yang dibahaskan. alangkah manisnya apabila seorang pemimpin itu mengkaji sedalamnya kehebatan Al-Quran sebelum bertindak melakukan sesuatu. bermuhasabah dahulu segala  kelemahan diri sebelum menuding jari menyalahkan orang lain.islam dan poltik seharusnya berjalan seiring pada paksi yang sama dan seharusnya segala isu yang mengatakan islam dan politik tidak boleh di campur adukkan adalah kata-kata seseorang yang kurang mengkaji tentang kandungan Al-Quran.

satu contoh yang sangat mudah, seorang peguam yang hebat tidak akan tahu segala apa fungsi setiap anggota badan seandainya dia tidak mengkaji dan belajar terlebih dahulu tentang perkara itu di mana perkara ini mempunyai seorang yang pakar iaitu doktor. terciptanya manusia adalah untuk saling melengkapi antara satu sama lain. sama juga situasinya apabila seseorang itu bercakap atas kapasitinya sebagai seseorang yang tidak arif dan pakar tentang apa jua isu yang ingin diperkatakannya, dan dia sehabis boleh memperjuangkan dan menegakkan apa yang diperkatakannya itu adalah benar maka kurang bijaklah manusia itu. seharusnya manusia itu bercakap tentang apa yang dia tahu dan merujuk kepada seseorang yang lebih arif tentang isu tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan sekiranya dia sendiri tidak arif tentang hal itu. inilah yang dikatakan ukurlah baju di badan sendiri kerana hanya kita sahaja yang lebih mengenali diri sendiri.


Al-Quran adalah sumber rujukan yang sangat lengkap. seharusnya kita mempraktikkan apa yang terkandung di dalam kitab suci ini. oleh yang demikian gunakanlah rujukan ini sebagai garis panduan dalam membentuk sesebuah kerajaan. kita seharusnya bijak di 'sana' dan bukan hanya bijak di sini. renung dan fikir-fikirkanlah.......

Wan Azizah sememangnya mewah !!!

Apakah jenis kemewahan yang dimiliki wanita sehebat beliau. Sebagai seorang presiden sebuah parti politik maka secara tidak langsung segala kemewahannya mudah untuk kita tonton. Mari kita bersama-sama menghitung segala aset yang ada pada beliau.

Apa yang ada padanya? Aset paling berharga beliau adalah sang suami yang bergelar Anwar. Mengapa Anwar begitu berharga. Ini kerana Anwar mampu mendidik Azizah menjadi salah seorg pejuang wanita di tanah air tercinta ini. Anwar merupakan guru dan buku bagi nya,mendidiknya ke jalan yang lurus. Maka dengan itu benarlah Azizah sangat mewah. Pernahkah anda terfikir bahawa apa yg berlaku pada mereka,jarang sekali kita lihat berlaku di tempat lain samada didalam atau luar negara. Seorang isteri hasil dari didikan suaminya yg tercinta mampu membela nasib suami yg ditindas bertahun lamanya sehingga la sang suami kembali ke tampuk pemerintahan utama(ketua pembangkang 4 negeri)

Dari wanita biasa hingga menjadi seorg presiden,beliau sendiri tidak pernah mengimpikannya.Sebagai isteri kerjanya taat pada Allah dan suami. Namun,ujian getir yg di lalui nya merubah diri nya menjadi seorg pejuang Islam tulen. Sebagai bukti, auratnya di jaga,pertuturan nya lembut dan kepimpinan yg menyakinkan. Beliau bukan Imelda, bukan juga Leila,isteri bekas presiden Tunisia. Mengapa mereka di cemuh sehingga ke hari ini? kerna aset nya yg sebenar sampai ke hari ini belum habis dikira,mengapa begitu?berapa banyak laporan tentang kekayaan mereka dilaporkan diseluruh dunia?mampukah anda himpunkan semuanya.

Tanya diri anda, adakah isteri anda 'semewah' Azizah atau sekaya Leila? Duduk dan berbincanglah bersama isteri anda,tanya mereka adakah mereka benar-benar kuat dan tabah sekiranya melalui keperitan dan cabaran seperti Azizah, termasuk lah apabila aset utama nya di bekukan di penjara.

Saya belum berumah tangga, Insyaallah tak lama dah,calon sudah berada disisi. Sekira nya saya mampu mendidik dan membimbing calon yang manis ini,nescaya kami mampu pergi lebih jauh dan hidup dalam keberkatan Allah.Mudah untuk saya mengajar si cantik manis ini, apabila contoh terbaik berada di depan mata iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah.

Wednesday, February 16, 2011

Satu permulaan..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..syukur pada Allah kerna dengan izinnya maka usaha ini bermula.Wujudnya platform ini adalah untuk berkongsi maklumat yang harus di kongsi lalu mampu membentuk persepsi baru pada setiap lapisan masyarakat yang ada.

Blog ini akan terus berdiskusi merangkumi aspek penting yang terlibat secara langsung terhadap kehidupan seharian kita. Aspek penting yang dimaksudkan adalah agama,politik,ekonomi dan sosial.
Isu antarabangsa juga merupakan salah satu perkara yang akan turut di bahaskan agar idea dan pemahaman kita bertambah maka terbitlah pandangan baru ke arah yang lebih baik.