Search This Blog

Thursday, February 17, 2011

ukur baju di badan sendiri...

salam ukhuah...

memetik lirik sebuah lagu nasyid yang berbunyi 'sombong bongkak takbur... emas perak bertabur... akan lenyap hancur dan lebur... tak sampai ke kubur... hanya iman dan takwa... amal soleh sahaja akan sampai ke sisi Allah... Tuhan yang pemurah...' memberi seribu satu pengertian dalam kehidupan seharian setiap hamba Alllah di muka bumi yang fana ini. seandainya setiap manusia alpa dan hanyut dengan mainan duniawi semata tanpa mengambil kisah tentang ukhrawi maka akan rugilah manusia itu dek kerana hawa nafsu berjaya menguasai kewarasan akal yang di kurnia Illahi untuk berfikir sebaiknya.

setiap manusia di kurniakan nikmat kelebihan masing-masing tidak mengira agama, keturunan mahupun darjat seseorang itu.setiap manusia adalah hampir sama tarafnya di sisi Allah dan apa yang membezakan antara satu sama lain adalah tahap keimanan dan ketakwaan seseorang itu seandainya manusia itu begelar mukmin Islam. seandainya kita menyelak lembaran Al-Quran, sudah termaktub di dalamnya pelbagai garis panduan selain hukum hakam yang sangat sempurna sebagai rujukan dalam mencari keredhaan Allah SWT.

dan apabila Al-Quran tidak dijadikan rujukan dan pegangan yang utuh, maka akan timbullah pelabagai ideologi-ideologi yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. dalam erti kata lain ianya terpesong dari landasan yang sebenar. kejayaan seorang pemimpin di dalam sesebuah negara atau kerajaan adalah bergantung kepada tahap kebijaksanaannya dalam meneliti dan merancang segala strategi kepimpinannya. akan tetapi sekiranya Al-Quran tidak dijadikan sumber rujukan maka akan hancurlah empayar kerajaan tersebut seperti apa yang berlaku di Mesir baru-baru ini. dek kerana taksub dengan duniawi semata tanpa mengambil kira kebajikan rakyat, empayar gah yang dibina lebih 30 tahun musnah dan jatuh tersungkur begitu sahaja.

berbalik kepada apa yang telah diperkatakan di atas bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing, maka jalankanlah kewajipan berpaksikan kelebihan itu pada jalan yang benar.  para pejuang-pejuang politik acapkali berbalah sesama sendiri tentang kelebihan masing-masing dan merendahkan martabat seseorang yang lain dengan menggelar mereka yang bukan-bukan tanpa mengambil kira bahawa mereka adalah sangat arif tentang apa yang dibahaskan. alangkah manisnya apabila seorang pemimpin itu mengkaji sedalamnya kehebatan Al-Quran sebelum bertindak melakukan sesuatu. bermuhasabah dahulu segala  kelemahan diri sebelum menuding jari menyalahkan orang lain.islam dan poltik seharusnya berjalan seiring pada paksi yang sama dan seharusnya segala isu yang mengatakan islam dan politik tidak boleh di campur adukkan adalah kata-kata seseorang yang kurang mengkaji tentang kandungan Al-Quran.

satu contoh yang sangat mudah, seorang peguam yang hebat tidak akan tahu segala apa fungsi setiap anggota badan seandainya dia tidak mengkaji dan belajar terlebih dahulu tentang perkara itu di mana perkara ini mempunyai seorang yang pakar iaitu doktor. terciptanya manusia adalah untuk saling melengkapi antara satu sama lain. sama juga situasinya apabila seseorang itu bercakap atas kapasitinya sebagai seseorang yang tidak arif dan pakar tentang apa jua isu yang ingin diperkatakannya, dan dia sehabis boleh memperjuangkan dan menegakkan apa yang diperkatakannya itu adalah benar maka kurang bijaklah manusia itu. seharusnya manusia itu bercakap tentang apa yang dia tahu dan merujuk kepada seseorang yang lebih arif tentang isu tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan sekiranya dia sendiri tidak arif tentang hal itu. inilah yang dikatakan ukurlah baju di badan sendiri kerana hanya kita sahaja yang lebih mengenali diri sendiri.


Al-Quran adalah sumber rujukan yang sangat lengkap. seharusnya kita mempraktikkan apa yang terkandung di dalam kitab suci ini. oleh yang demikian gunakanlah rujukan ini sebagai garis panduan dalam membentuk sesebuah kerajaan. kita seharusnya bijak di 'sana' dan bukan hanya bijak di sini. renung dan fikir-fikirkanlah.......

No comments:

Post a Comment